Friday 26 May 2017

Projek Hidro dan Ladang Suria, Kelantan

  KOTA BHARU: Projek hirdo dan ladang suria terapung telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan projek tenaga di Kelantan.

"Projek tersebut dapat memberikan sumbangan kapada pertumbuhan ekonomi negeri malah dapat merangsang ekonomi penduduk setempat," kata Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar.
   Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd bertanggungjawab dalam membangunkan projek RE (energy efficiency) iaitu projek kecekapan tenaga.

  Mohd Amar berkata bukan sahaja projek hidro diberi tumpuan tetapi tenaga solar dan angin juga akan diberi tumpuan untuk dibangunkan.

  Katanya lagi, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur untuk mengadakan kerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan projek tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan dan kecekapan tenaga.

No comments:

Post a Comment