Tuesday 30 May 2017

Label Kecekapan Tenaga


   Bambar: Label Kecekapan Tenaga Barang Elektrik

Anda tahu mengenai Label Kecekapan Tenaga?

   Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik. Pengilang perlu mematuhi piawai dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang dikeluarkan.

   Pengguna mendapat maklumat setiap peralatan elektrik melalui label kecekapan tenaga. Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1 bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5 bintang adalah paling cekap. Label ini mangandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik.

No comments:

Post a Comment