Jangan sesali yang sudah pergi, jangan tangisi yang sudah tiada. Hargailah sumber kerana sumber merupakan warisan generasi yang lepas yang perlu diwarisi buat genarasi akan datang
Friday, 26 May 2017
Kecekapan Tenaga
Pengenalan
Tenaga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja. Elektik merupakan salah satu tenaga yang sering kita guna dalam kehidapan seharian kita. Adakah kita guna dengan bijak? Sebagai pengguna kita perlu cekap mengendalikan dan menggunakannya secara bijak supaya dapat mengelakkan pembaziran tenaga berlaku.
Kita dapat megurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik dengan mengendalikan penggunaan elektrik secara efisien bukan sahaja dapat mengurangkan kos bil elektrik malah dapat membantu memelihara alam sekitar juga.
Kecekapan tenaga itu ape?
Kecekapan tenaga merupakan cara kita meminimakan penggunaan tenaga untuk menyempurnakan kerja kita sama ada di rumah malah di tempat lain juga. Sebagai pengguna, kita seharusnya mempunyai amalan kecekapan tenaga supaya sumber tenaga seperti bahan api fosil tidak habis begitu sahaja dengan pembaziran sumber tenaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment