Saturday, 27 May 2017

5 Tips mengurangkan bil elektrik dan tenaga

  Masyarakat sekarang menjadi rungsing apabila kos pembelanjaan bagi membayar bil elektrik melebihi kos sara hidup mereka. Ramai ibu bapa di luar sana mencari jalan dan inisiatif untuk mengurangkan penggunaan tenaga di rumah. Sebenarnya senang sahaja. Korang boleh ikut beberapa cadangan yang berada di bawah ini..


Meminimakan penggunaan pendingin hawa

        Menghidupkan 'mod sleep' pada waktu tidur supaya dapat mengurangkan kuasa elektrik yang digunakan. Selain itu, menutup pendingin hawa jika keluar rumah dan menggunakan apabila rasa panas sahaja.

Membeli peralatan cekap

Jika membeli peralatan elektrik seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan juga penghawa dingin, pastikan dahulu Label Pemeringkatan Tenaga (lebih banyak bintang,makin kurang tenaga yang digunakan oleh produk itu. Walaupun model itu pemeringkatan bintang yang tinggi mungkin lebih mahal tetapi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu tahu kelebihannya jangka masa panjang.

Menggunakan peralatan elektrik dengan bijak

Amalan dan sikap merupakan asal untak kita kurangkan penggunaan elektrik dan juga bil elektrik. Kita mestilah sentiasa beringan untuk menutup suis peralatan elektrik jika tidak menggunakannya.

Mengurangkan penggunaan pemanas air mandi

Korang boleh menggunakan pemanas air ini sewaktu awal pagi sahaja untuk menggurangkan kesejukan waktu pagi dan keselesaan. Pada waktu siang hari boleh menggunakan pancuran air biasa sahaja untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Menutup tingkap dan pintu bilik

Apabila korang menggunakan penghawa dingin, tutuplah pintu dan tingkat supaya suhu bilik tidak berkurang dengan kadar yang perlahan.




No comments:

Post a Comment