Tuesday 30 May 2017

Label Kecekapan Tenaga


   Bambar: Label Kecekapan Tenaga Barang Elektrik

Anda tahu mengenai Label Kecekapan Tenaga?

   Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik. Pengilang perlu mematuhi piawai dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang dikeluarkan.

   Pengguna mendapat maklumat setiap peralatan elektrik melalui label kecekapan tenaga. Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1 bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5 bintang adalah paling cekap. Label ini mangandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik.

Monday 29 May 2017

Video mengenai "Kecekapan Tenaga"

   Di bawah ini ada video yang menarik mengenai kecekapan tenaga... Harap korang terhibur @_@




















Sunday 28 May 2017

Tips pengurusan sumber yang cekap

Berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau 
menaiki kenderaan awam untuk menjimatkan tenaga

Menggunakan tenaga elektrik dengan berhemah

Mengurangkan penggunaan diesel petroleum dan bahan 
yang tidak boleh diperbaharui

Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan
 penggunaan tenaga dalam kenderaan dan mesin

Menggosok banyak pakaian dalam satu masa supaya elektrik 
dapat dijimatkan

Cara mengira kecekapan


Kecekapan

Kecekapan sesuatu mesin ditakrifkan sebagai peratus tenaga input yang dipindahkan kepada tenaga output. ia adalah nisbah tenaga output yang berguna kepada jumlah tenaga yang dimaksudkan ke dalam mesin itu.
Kecekapan= Tenaga output berguna x 100%
                    Jumlah tenaga input
                                        atau
Kecekapan= Kuasa output berguna x 100%
                    Jumlah kuasa input 

Contoh

Bagi satu mesin, diberi bahawa kuasa inputnya ialan 100J/s dan kuasa output yang berguna ialah 80J/s. Kuasa output yang lain dianggap kuasa tidak berguna yang hilang ke persekitaran. Cari kecekapan mesin itu.

Jawapan:

Kecakapan 80/100 x 100% = 80% 

Formula Pengiraan


Formula menentukan pengiraan penggunaan elektrik

1. Kira jumlah penggunaan dalam kWj
Kuasa (unit watt,W) x bilangan jam penggunaan elektrik (unit jam,j) bahagi 1000
kWj - unit pengukuran penggunaan elektrik
1000W= 1kW
2. Kira kos tenaga
Kos tenaga= tenaga (kWj) x kadar tarif elektrik (RM/kWj) 

Kadar tarif elektrik boleh disemak di sini : https://www.tnb.com.my/residential/pricing-tariffs
 
 
 
 

Saturday 27 May 2017

Cara mengira kos penggunaan elektirk

 Korang tahu cara nak kira bil elektrik yang perlu korang bayar setiap bulan? Tidak semua tahukan. sebagai permulaan, korang perlu tahu mengenali apakah dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).

Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule 
Kuasa = kadar tenaga yang digunakan dalam satu jangka masa, dikira dalam unit Watt
  Rumus : P = W/t

Untukkira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.


Rumus : W = P t 
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj


Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut : 

Penggunaan : 
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 6 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 5 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam) 

Pengiraan kWh 
Lampu    : 6 x 38 W x 6 h = 1368 Wh = 1.368 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 5 = 600 Wh = 0.6 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh 

Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
1.368 + 0.4 + 0.6 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.918kWh 

Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
19.918kWh x 30 hari = 597.54kWh 

Kadar bil elektrik yang perlu dibayar(ikut kadar TNB
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (97.57*41.6)/100 = RM 40.59 

Jumlah keseluruhan = RM 197.79


Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 197.79.

5 Tips mengurangkan bil elektrik dan tenaga

  Masyarakat sekarang menjadi rungsing apabila kos pembelanjaan bagi membayar bil elektrik melebihi kos sara hidup mereka. Ramai ibu bapa di luar sana mencari jalan dan inisiatif untuk mengurangkan penggunaan tenaga di rumah. Sebenarnya senang sahaja. Korang boleh ikut beberapa cadangan yang berada di bawah ini..


Meminimakan penggunaan pendingin hawa

        Menghidupkan 'mod sleep' pada waktu tidur supaya dapat mengurangkan kuasa elektrik yang digunakan. Selain itu, menutup pendingin hawa jika keluar rumah dan menggunakan apabila rasa panas sahaja.

Membeli peralatan cekap

Jika membeli peralatan elektrik seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan juga penghawa dingin, pastikan dahulu Label Pemeringkatan Tenaga (lebih banyak bintang,makin kurang tenaga yang digunakan oleh produk itu. Walaupun model itu pemeringkatan bintang yang tinggi mungkin lebih mahal tetapi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu tahu kelebihannya jangka masa panjang.

Menggunakan peralatan elektrik dengan bijak

Amalan dan sikap merupakan asal untak kita kurangkan penggunaan elektrik dan juga bil elektrik. Kita mestilah sentiasa beringan untuk menutup suis peralatan elektrik jika tidak menggunakannya.

Mengurangkan penggunaan pemanas air mandi

Korang boleh menggunakan pemanas air ini sewaktu awal pagi sahaja untuk menggurangkan kesejukan waktu pagi dan keselesaan. Pada waktu siang hari boleh menggunakan pancuran air biasa sahaja untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Menutup tingkap dan pintu bilik

Apabila korang menggunakan penghawa dingin, tutuplah pintu dan tingkat supaya suhu bilik tidak berkurang dengan kadar yang perlahan.




Friday 26 May 2017

Sumber Tenaga


 Sumber tenaga boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu sumber tenaga boleh diperbaharui dan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui.

 Sumber-sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber tenaga yang tidak boleh diganti dalam jangka masa yang singkat dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah sebaliknya.

Sumber Tenaga boleh diperbaharui
  • Tenaga suria/solar
  • Tenaga angin
  • Tenaga air atau kuasa hidro
  • Bahan bakar biojisim
Sumber Tenaga tidak boleh diperbaharui
  • Bahan api fosil
  • Arang batu
  • Gas asli

Projek Hidro dan Ladang Suria, Kelantan

  KOTA BHARU: Projek hirdo dan ladang suria terapung telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan projek tenaga di Kelantan.

"Projek tersebut dapat memberikan sumbangan kapada pertumbuhan ekonomi negeri malah dapat merangsang ekonomi penduduk setempat," kata Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar.
   Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd bertanggungjawab dalam membangunkan projek RE (energy efficiency) iaitu projek kecekapan tenaga.

  Mohd Amar berkata bukan sahaja projek hidro diberi tumpuan tetapi tenaga solar dan angin juga akan diberi tumpuan untuk dibangunkan.

  Katanya lagi, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur untuk mengadakan kerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan projek tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan dan kecekapan tenaga.

Projek NASA (AMTEC)

  Alkali Metal Thermal to Electric Converter (AMTEC) merupakan projek NASA dalam meningkatkan kecekapan tenaga. Jack F. Mondt dan Robert K. Sievers bertanggungjawab dalam misi tersebut. Dalam misi mereka, mereka ingin menukarkan tenaga haba solar kepada tenaga elektrik.

  Tentera Udara juga berminat dalam menukarkan haba solar untuk elektrik pada kecekapan yang paling tinggi, 30%. Bawah kontrak Tentera Udara AMPS, dengan pembiayaan olehTentera Udara dan NASA dan pengurusan kontrak oleh pasukan teknikal yang terdiri daripada jurutera dari Makmal Penyelidikan Tentera Udara. 
   Dalam eksperimen Nasa yang pertama, sel Figure 2. PX-1A dengan 7 BASE Tubes telah dibina untuk projek tersebut. Sel telah diuji di beberapa tempat yang mempunyai kadar haba yang tinggi dari matahari. Reka bentuk perubahan dibuat berdasarkan keputusan eksperimen dan analisis. Sel tersebut dikilangkan di AMPS dan diuji di Air Force Research Lab di Philipis.



 Pelbagai sel telah direka dan diubahsuai. Yang terkini merupakan sel Figure8. AMTEC 8-Cell Converter Test menggunakan PX-G Cells dengan 6 BASE Tubes.

 Kesimpulan



  Pembangunan siri PX bagi sel Wap-wap AMTEC sangat berjayaseperti yang ditunjukkan dalam rajah. Dalam masa pembangunan satu tahun output kuasa membentuk sel multibe meningkatkan dari 0.4 watts kepada 5 watt dalam jumlah yang sama. NASA masih meneruskan lagi misi mereka untuk meningkatkan kecekapan tenaga.



Anugerah kepada Pertronas





   Sumber BH Online: Pertonas telah berjaya meningkatkan kualiti dan kecekapan tenaga minyak dan gas mereka. PETRONAS telah meraih anugerah 'Penyahasidan Minyak Mentah Asid Tinggi' dalam kategori Minyak dan Gas pada Anugerah Institusi Jurutera Kimia (IChemE) Global pada 2015 lalu di Birmingham.

"Penyertaan PETRONAS adalah satu proses proprietari yang dibangunkan secara bersama dengan Queen's University of Belfast menggunakan cecair ionik untuk membuang asid naftenik daripada minyak mentah asid tinggi,"kata Ezmal Adbul Rashid, Jurutera Keselamatan Pemprosesan yang memenangi anugerah Jurutera Muda Kimia dalam kategori itu.
 Anugerah yang diberi ini untuk memberi inspirasi dan galakan dalam meninggikatkan kecekapan tenaga supaya memberi seribu satu faedah kepada masyarakat sejagat.

10 Tips Cara Menjimatkan Elektrik

  1. Gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya. Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap
  2. Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen
  3. Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. 
  4. Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang.
  5. Tutup komputer atau laptop jika tidak digunakan. Jangan dibiarkan berada dalam keadaan 'standby'
  6. Gunakan lampu fluorescent T5 untuk lebih jimat api.
  7. Gosok baju dalam kuantiti pukal
  8. Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu
  9. Gunakan mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sedikit
  10. Susun barang di dalam peti sejuk supaya lebih tersusun supaya udara di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen

Kecekapan Tenaga


Pengenalan

 Tenaga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja. Elektik merupakan salah satu tenaga yang sering kita guna dalam kehidapan seharian kita. Adakah kita guna dengan bijak? Sebagai pengguna kita perlu cekap mengendalikan dan menggunakannya secara bijak supaya dapat mengelakkan pembaziran tenaga berlaku.

  Kita dapat megurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik dengan mengendalikan penggunaan elektrik secara efisien bukan sahaja dapat mengurangkan kos bil elektrik malah dapat membantu memelihara alam sekitar juga.

Kecekapan tenaga itu ape?

 Kecekapan tenaga merupakan cara kita meminimakan penggunaan tenaga untuk menyempurnakan kerja kita sama ada di rumah malah di tempat lain juga. Sebagai pengguna, kita seharusnya mempunyai amalan kecekapan tenaga supaya sumber tenaga seperti bahan api fosil tidak habis begitu sahaja dengan pembaziran sumber tenaga.