Korang tahu cara nak kira bil elektrik yang perlu korang bayar setiap bulan? Tidak semua tahukan. sebagai permulaan, korang perlu tahu mengenali apakah dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).
Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule
Kuasa = kadar tenaga yang digunakan dalam satu jangka masa, dikira dalam unit Watt
Rumus : P = W/t
Untukkira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.
Rumus : W = P t
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj
Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut :
Penggunaan :
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 6 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 5 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam)
Pengiraan kWh
Lampu : 6 x 38 W x 6 h = 1368 Wh = 1.368 kWh
TV : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas : 2 x 60 x 5 = 600 Wh = 0.6 kWh
P.Sejuk : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh
Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
1.368 + 0.4 + 0.6 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.918kWh
Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
19.918kWh x 30 hari = 597.54kWh
Kadar bil elektrik yang perlu dibayar(ikut kadar TNB
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 = RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (97.57*41.6)/100 = RM 40.59
Jumlah keseluruhan = RM 197.79
Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 197.79.