Tuesday 30 May 2017

Label Kecekapan Tenaga


   Bambar: Label Kecekapan Tenaga Barang Elektrik

Anda tahu mengenai Label Kecekapan Tenaga?

   Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik. Pengilang perlu mematuhi piawai dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang dikeluarkan.

   Pengguna mendapat maklumat setiap peralatan elektrik melalui label kecekapan tenaga. Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1 bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5 bintang adalah paling cekap. Label ini mangandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik.

Monday 29 May 2017

Video mengenai "Kecekapan Tenaga"

   Di bawah ini ada video yang menarik mengenai kecekapan tenaga... Harap korang terhibur @_@




















Sunday 28 May 2017

Tips pengurusan sumber yang cekap

Berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau 
menaiki kenderaan awam untuk menjimatkan tenaga

Menggunakan tenaga elektrik dengan berhemah

Mengurangkan penggunaan diesel petroleum dan bahan 
yang tidak boleh diperbaharui

Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan
 penggunaan tenaga dalam kenderaan dan mesin

Menggosok banyak pakaian dalam satu masa supaya elektrik 
dapat dijimatkan

Cara mengira kecekapan


Kecekapan

Kecekapan sesuatu mesin ditakrifkan sebagai peratus tenaga input yang dipindahkan kepada tenaga output. ia adalah nisbah tenaga output yang berguna kepada jumlah tenaga yang dimaksudkan ke dalam mesin itu.
Kecekapan= Tenaga output berguna x 100%
                    Jumlah tenaga input
                                        atau
Kecekapan= Kuasa output berguna x 100%
                    Jumlah kuasa input 

Contoh

Bagi satu mesin, diberi bahawa kuasa inputnya ialan 100J/s dan kuasa output yang berguna ialah 80J/s. Kuasa output yang lain dianggap kuasa tidak berguna yang hilang ke persekitaran. Cari kecekapan mesin itu.

Jawapan:

Kecakapan 80/100 x 100% = 80% 

Formula Pengiraan


Formula menentukan pengiraan penggunaan elektrik

1. Kira jumlah penggunaan dalam kWj
Kuasa (unit watt,W) x bilangan jam penggunaan elektrik (unit jam,j) bahagi 1000
kWj - unit pengukuran penggunaan elektrik
1000W= 1kW
2. Kira kos tenaga
Kos tenaga= tenaga (kWj) x kadar tarif elektrik (RM/kWj) 

Kadar tarif elektrik boleh disemak di sini : https://www.tnb.com.my/residential/pricing-tariffs
 
 
 
 

Saturday 27 May 2017

Cara mengira kos penggunaan elektirk

 Korang tahu cara nak kira bil elektrik yang perlu korang bayar setiap bulan? Tidak semua tahukan. sebagai permulaan, korang perlu tahu mengenali apakah dimaksudkan dengan Tenaga (Energy, W) dan Kuasa (Power, P).

Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule 
Kuasa = kadar tenaga yang digunakan dalam satu jangka masa, dikira dalam unit Watt
  Rumus : P = W/t

Untukkira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour (kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.


Rumus : W = P t 
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh @ 1 kWj


Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti berikut : 

Penggunaan : 
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 6 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 5 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam) 

Pengiraan kWh 
Lampu    : 6 x 38 W x 6 h = 1368 Wh = 1.368 kWh
TV         : 1 x 100 x 4 = 400 Wh = 0.4 kWh
Kipas     : 2 x 60 x 5 = 600 Wh = 0.6 kWh
P.Sejuk  : 1 x 700 x 24 = 16800 Wh = 16.8 kWh
Iron       : 1 x 1000 x 0.5 = 500 Wh = 0.5 kWh
Cerek    : 1 x 1000 x 0.25 = 250 Wh = 0.25 kWh 

Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah :
1.368 + 0.4 + 0.6 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.918kWh 

Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka penggunaan adalah :
19.918kWh x 30 hari = 597.54kWh 

Kadar bil elektrik yang perlu dibayar(ikut kadar TNB
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 =  RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 100 kWh seterusnya (301 - 400kWh) = (100*40.0)/100 = RM40.00
4. 100 kWh seterusnya (401 - 500kWh) = (100*40.2)/100 = RM 40.20
5. 100 kWh seterusnya (501 - 600kWh) = (97.57*41.6)/100 = RM 40.59 

Jumlah keseluruhan = RM 197.79


Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 197.79.

5 Tips mengurangkan bil elektrik dan tenaga

  Masyarakat sekarang menjadi rungsing apabila kos pembelanjaan bagi membayar bil elektrik melebihi kos sara hidup mereka. Ramai ibu bapa di luar sana mencari jalan dan inisiatif untuk mengurangkan penggunaan tenaga di rumah. Sebenarnya senang sahaja. Korang boleh ikut beberapa cadangan yang berada di bawah ini..


Meminimakan penggunaan pendingin hawa

        Menghidupkan 'mod sleep' pada waktu tidur supaya dapat mengurangkan kuasa elektrik yang digunakan. Selain itu, menutup pendingin hawa jika keluar rumah dan menggunakan apabila rasa panas sahaja.

Membeli peralatan cekap

Jika membeli peralatan elektrik seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan juga penghawa dingin, pastikan dahulu Label Pemeringkatan Tenaga (lebih banyak bintang,makin kurang tenaga yang digunakan oleh produk itu. Walaupun model itu pemeringkatan bintang yang tinggi mungkin lebih mahal tetapi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu tahu kelebihannya jangka masa panjang.

Menggunakan peralatan elektrik dengan bijak

Amalan dan sikap merupakan asal untak kita kurangkan penggunaan elektrik dan juga bil elektrik. Kita mestilah sentiasa beringan untuk menutup suis peralatan elektrik jika tidak menggunakannya.

Mengurangkan penggunaan pemanas air mandi

Korang boleh menggunakan pemanas air ini sewaktu awal pagi sahaja untuk menggurangkan kesejukan waktu pagi dan keselesaan. Pada waktu siang hari boleh menggunakan pancuran air biasa sahaja untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Menutup tingkap dan pintu bilik

Apabila korang menggunakan penghawa dingin, tutuplah pintu dan tingkat supaya suhu bilik tidak berkurang dengan kadar yang perlahan.